"Tahun silih berganti, Ramadhan kini kembali, semoga kalian semua dirahmati Allah"
Fadhilat Solat Tarawih, dan kelebihannya..
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
huhu sedeynye npe dlu ak xpnah amk ksah je, ad brte pasl h1n1 ak wt tatw je..xpnh pn nk pk pe mende h1n1 tu sbnrnye tp ble da lbey 50 org mngal akbt virus ni bru ak sdr ancmannya pd ak, fmly, kwn2 n sume org di sktr ak..huhu..virus ni smkn mngncm slruh pnduduk dnia smpi WHO pn ad wt statement y mngatakn bhwa virus ni seolah-olah xdpt dhntikan dan cra pnyebarannya adlh sgt sng dan pnts.
Tapi wlpn da mnjangkau angka 67 org rkyt msh amk lewa tntg mslh ni dan ksdrn mereka msh brada di thp membimbangkan.
So, kat cni ak nk share la cket tntg ape yg kite bley bwat untuk mngelakkan virus ni, walaupn ak tw rmai org da tw lgkh2 pncegahannya tp ak rse bertangungjawab sbgi mkhluk Allah yg sme2 mnetap di Bumi ini untuk share benda ni kt semua.
1. Ambil tahu kawasan2 yang mengalami kes H1N1 yang paling tinggi.
2. Jangan melawat kawasan yang sesak, lgpun nak pose da ni dok je uma dan same2 kita tmbh ibadah kita yang xsbrape ini..
3. Elak bersentuhan dengan pesakit H1N1.
4. Pakai topeng bila keluar rumah.
5. Tutup mulut dengan sapu tangan atau tisu ketika batuk dan bersin dan buang terus jangan simpan2 lak tisu yang da digunakan
6. Kalau ada simptom-simptom H1N1, terus dapatkan rawatan. Jangan bertangguh.
7. Jaga kebersihan diri.
8. Amalkan pembasuhan tangan sblm makan atau memlakn sesua2 aktivit, basuh tangan dengan air dan sabun setiap masa terutama selepas batuk dan bersin.
9.Bykkan minum air,susu, dan makan buah-buahan segar dan vitamin atau scot ilmussion (mnrut kajian mknan segar sprti buah mmpu mmbunuh atom h1n1)
Wlaupn kte da amk lgkh pncegahan tp jgn lupe doa kpd Allah juga agar wabak ini tak terus merebak.Hnya doa dan twkl kepada Allah S.W.T. saja yang boleh membantu kita mngatasi masalah ini.Selain itu solat hajat juga amat digalakkan.
Nabi juag pernah besabda “Syaitan akan mengganggu umat manusia dari pelbagai sudut iaitu dari hadapan, belakang, kiri dan kanan. Tetapi syaitan tidak akan mengganggu manusia dari atas iaitu apabila manusia tidak lupa memohon doa daripada Allah S.W.T. ”
Oleh itu, sbgai mnsia yang lemah kita harus redha dengan segala yang berlaku dan tidak lupa zikir dan bermunajat serta memohon keredhaan Allah S.W.T kaerana stiap yg brlaku psti ad hkmahnya.