kosong


Tidak pernah dalam hati seorang gadis itu mahu membunuh sebuah cinta yang telah terwujjud dan mekar terbina. Hakikatnya, ramai orang yang nampak kasar dan 'kosong' sebenarnya pada satu dimensi  diri padanya dia amat berbeza sekali.Kadangkala tomboy, kasar, bising dan lincah seorang perempuan, hakikat sebenarnya mereka ini baik dan sunyi.Senang kata dalam hati ada taman gitu

Kita lihat mereka ini seorang yang suka bersuara pada dunia, mengusik dan menghiburkan manusia keliling dengan diri mereka yang spontan dan tidak pendiam.Mungkin tawa dan ceria di wajahnya tak mempamerkan situasi sebenar namun hakikatnya hanya mereka sendiri yang bisa menafsirkannya.Tetapi kalau kita cuba perhatikan mereka ini, dalam diri mereka sebenarnya sering menangis

Cinta bagi mereka sukar untuk di mengertikan oleh manusia lain. Zahirnya mereka ini seolah seperti tidak memerlukan langsung cinta, kasih sayang dan kelembutan itu. Tapi pengakuan sebenar seorang sahabat membuatkan aku amat lebih menghargainya kini.

Bezanya pandangan kita pada manusia yang suka pada riuh dan lincah ini ialah kita sering kali terlepas pandang dan merasakan bahawa apa yang di punyai oleh mereka sudah memadai. Kerna mereka manusia biasa yang bisa menyembunyikan kedukaan di hati mereka.Mereka mahukan itu semua tetapi ada bahagian dalam diri yang malu untuk mengakuinya. Pengakuan jujur itu akan membuatkan mereka takut kelak akan diketawa, di sindir atau di jadikan bahan jenaka oleh rakan rakan yang lain.

Cinta tidak pernah ada jaringan darjat dan rupa paras. Cinta itu milik semua. Semua bisa mendapatkan cinta, namun kebahagiaan adalah nasib masing-masing.Kerana dalam cinta itu sendiri telah berdiri segala rasa dan warna. Kita sebagai teman, harus memahami bahawa mereka ini juga punya hati dan naluri






0 Responses

ank murid notty!

Related Posts with Thumbnails

    my sunshine

    my sunshine

    Followers

    ask me anything

    About Me

    My photo
    Well..i'm a simple person juzZ nOthing but Ordinary, suka sangat ketawa+dgki org ,suka bwat Org epy sllu 2 pasl my parent bg nama pn Chy KegeMbiraAn hihi:),luv 2 talk so much(tpi ngan org yg dikenali je la)...very the manje..but also a very nice gUlz aw..but very da racist with kucing..suke tgok tp alergic gle nak pegang kucing tu..n malas nak mandi kalo duduk umah lama2..well i kan penjimat air..tak mahu sush kan umi ayh bayar bil bnyak2

    katakan sahaja


    ShoutMix chat widget